Pages

Wednesday, July 28, 2010

Nitro PDF Reader mengabungkan fungsi perisian PDF dalam pack percuma


Kalau anda termasuk orang yang selalu berhubungan dengan adobe reader.Anda perlu mempertimbangkan untuk mengggunakan Nitro PDF Reader.Nitro PDF Reader didatangkan dalam satu pakej ,bukan setakat membaca file PDF sahaja.Dengan Nitro PDF reader , file MS office boleh ditukarkan dalam bentuk PDF , mengedit file PDF dan membuat file baru.


Fungsi Nitro PDF Reader adalah sebagai berikut :

• Menggunakan tab pada interfacenya ( sperti tab pada firefox ), sehingga Anda tidak perlu membuka banyak windows saat membuka file PDF.
• Convert file Ms Office , Wordperfect , HTML, Text Image menjadi file PDF.
• Anda boleh mengedit file PDF secara terus.
• Mengekstrak image dari file PDF
• Mengekstrak atau mengconvert dari file PDF menjadi file teks
• Fungsi PDF Printer yang membolehkan anda untuk mengconvert semua jenis file
menjadi file PDF.

Sunday, July 18, 2010

Mengembalikan menu Shutdown

Pernahkah anda mengalami masalah butang shut down hilang pada menu start. Jika ini berlaku , mematikan komputer daripada butang power atau menarik kabel power keluar adalah alternatif yang biasa diambil untuk menyelasaikan masalah ini. Penyelesaiannya ada disini. Apa yang perlu anda lakukan adalah ,

1. Buka "Start" menu, dan klik pada "Run". taip "regedit" dan klik "OK"..

2. Pergi ke menu "File", dan pilih item menu "Eksport" ketika kotak terbuka., Memilih direktori untuk menyimpan file tersebut dan kemudian nama file. Setelah selesai, klik "Save" .

3. Sekarang pergi ke Registry Editor, klik :"HKEY_CURRENT_USER \ Software \ Microsoft \ Windows \ Current Version \ Policies \ Explorer" Jika. Nilai "wil: wil" tidak ada semua siap di panel kanan, klik kanan "Explorer" memilih sub-kunci dan kemudian "New" dan " Dword value ". Nama nilai yang baru, "wil: wil."

4. Klik kanan "wil: wil" (sudah ada atau hanya dibuat) dan memilih item menu, "Modifikasi."

5. Ubah nilai data ke 0. Klik tombol "OK".

6. Tutup "Registry Editor" Pada menu "File"., Pilih "Keluar."

7. Log off atau restart komputer dan butang "Shut Down” akan muncul pada skrin Anda.

Disablekan Menu Properties My Computer

HKEY_CURRENT_USER/Software/Microsoft/Windows/CurrentVersion/Policies/Explorer
Buat satu DWORD Value baru dan beri nama NoPropertiesMyComputer.
Double klik NoPropertiesMyComputer dan masukkan angka 1 pada Value Data.
HKEY_LOCAL_MACHINE/Software/Microsoft/Windows/CurrentVersion/Policies/Explorer
Buat satu DWORD Value baru dan beri nama NoPropertiesMyComputer.
Double klik NoPropertiesMyComputer dan masukkan angka 1 pada Value Data.
Jika key Explorer tidak ada, buat yang baru dengan mengklik menu Edit > New > Key dan beri nama Explorer.

Modifikasi Pada Start Menu Folders

HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\Curre ntVersion\Explorer\Advanced
Buat beberapa DWORD Value jika belum tersedia dan beri nama antara lain Start_ShowControlPanel, Start_ShowMyComputer, Start_ShowMyDocs, Start_ShowMyMusic, Start_ShowMyPics dan Start_ShowNetConn.
Start_ShowControlPanel - Control Panel
Start_ShowMyComputer - My Computer
Start_ShowMyDocs - My Documents
Start_ShowMyMusic - My Music
Start_ShowMyPics - My Pictures
Start_ShowNetConn - Network Connections
Double klik pada setiap key dan berikan value pilihan sebagai berikut:
0 = Hidden
1 = Open When Clicked
2 = Expand Contents

Mengembalikan Drive yang tiba-tiba hilang

Masalah ini biasanya terjadi disebabkan oleh virus.
Cara untuk mengatasi adalah seperti berikut
Klik Start - Run - regedit

HKEY_CURRENT_USER/Software/Microsoft/Windows/CurrentVersion/Policies/Explorer
Pilih Edit > New > DWORD Value dan beri nama NoDrives
Double Klik pada NoDrives dan tentukan drive mana yang ingin dihilangkan pada Value Data.
Contoh: jika ingin menghilangkan drive E:, masukkan angka 16 pada Value Data.
Kombinasi angka pada Value Data adalah sebagai berikut:
A: > 1
B: > 2
C: > 4
D: > 8
E: > 16
F: > 32
G: > 64
H: > 128
I: > 256
J: > 512
K: > 1024
L: > 2048
M: > 4096
Semua: > 67108863


Friday, July 16, 2010

Remote Access and Desktop Control

Dengan menggunakan software ini anda dapat control dan access pc anda secara jarak jauh… apa yang menarikperisian ini juga di sediakan dgn percuma.. so kepada sesiapa yang ingin control dan access pc secara online bolehlah menggunakan perisian ini. tetapi sebelum menggunakan perisian ini anda di kehendaki mendaftar dulu.

Anda hanya perlu mendaftar sahaja utk menggunakan perisian ini dan mendownload perisian ini. perisian ini khas digunakan utk online.. sekiranya anda ingin mencapai pc pejabat anda dari rumah so sesuailah dgn meggunakan perisian ini..

Dapatkan perisian ini di sini

Access Your Computer Remotely from Anywhere – Free.

Available for PCs and Macs
LogMeIn Free gives you fast, easy remote access to your PC
from any computer with an Internet connection
Access your home PC from the office
100% FREE to use!

Tugas lebih mudah dengan Norton ghost

Norton ghost

24112007

Sebelum ini aku hanya pernah dengar nama dan fungsinya sahaja apa itu ghost dan kegunaannya… so, hari ini aku dapat peluang utk berkongsi maklumat ini dengan anda semua… Sebelum ini sekiranya kita format komputer memerlukan masa yang sangat lama lebih kurang 1 hingga beberapa jam utk format komputer… tapi dengan software ini ia dapat menjimatkan masa… ia hanya diperlukan beberapa minit sahaja… hebat kan… maybe kerana ini ia diberi nama norton ghost”.. antara fungsi yang lain kita boleh backup window… di sini saya cuma ceritakan bagaimana ingin backup window… tetapi kita juga sebenarnya boleh menggunakan kaedah ini utk format beberapa hard disk.. bayangkan sekiranya kita perlu format komputer 50 buah so berapa lama masa di perlukan.. andaikata 1 buah mengambil masa paling kurang 2 jam…. kira berapa?… tetapi dengan norton ghost ini beberapa minit sahaja bagi 1 buah.. kira berapa kalau 50 buah?.. jauh bezanya kan….. kita gunakan kaedah di bawah ini juga utk install window…

Langkah-langkahnya

  • kita perlukan installer norton ghost 2003.
  • setelah kita install ghost tadi, kita backup windows. Perlu diingat, untuk membuat backup ini kita memerlukan ruangan kosong didalam hard disk kita. Ruangan yg diperlukan mungkin sama size atau kurang daripada window asal kita. Sekarang kita boleh mula membuat backup windows.
  • Buka program ghost yg telah diinstall tadi kemudian klik pada butang backup dan Seterusnya klik “next”.
  • Pilih drive C kemudian klik pada butang “next” seperti didalam arahan.
  • Step seterusnya, sila klik pada butang “Browse” untuk memilih drive simpanan bagi backup kita nanti.
  • akhirnya, masukkan nama file backup windows kita kemudian save dan ikuti arahan seterusnya sehingga proses itu selesai.

Proses ini akan memakan masa 3-4 minit bergantung dengan kelajuan komputer itu sendiri. Tempoh masa untuk restore juga adalah sama. Aapabila proses ini berakhir, ia bermakna kita telah memiliki backup windows yg lengkap.

Adalah lebih baik sekiranya kita membuat backup ini ketika window kita masih elok dan belum mengalami sebarang masalah. Ini adalah kerana apabila kita restore nanti ia akan kembalikan window sebagaimana keadaannya sewaktu kita membuat backup dahulu.

Bagi proses restore juga adalah tidak begitu susah. Kita hanya perlu klik pada restore kemudian Browse utk mencari semula file backup yang telah kita buat tadi. Hasilnya, ia akan kembalikan windows kita kepada yang asal.

Antara kelebihan backup yang kita buat ini antaranya kita tidak perlu kerap kali setup window sekiranya ia bermasalah. Proses ini adalah lebih menjimatkan masa berbanding menanti sehingga berjam-jam untuk menggantikan window baru.

Antara lain, kita tidak perlu bimbang untuk mencuba program-program baru kerana kerosakan window akan dapat dibaiki hanya dalam masa beberapa minit. Ia juga baik untuk melindungi komputer dari virus-virus dan jangkitan kuman kerana proses restore ini akan menghilangkan virus-virus tersebut dan kembalikan window kepada keadaan asal.

Wednesday, July 14, 2010

Matikan Autoplay Pada Windows Vista

Seperti yang kita sedia maklum, virus boleh mengaktifkan dirinya sendiri dengan mengekploitasi fungsi Autoplay dalam Windows. Sebab itulah virus dan malware sangat mudah merebak dari satu komputer ke komputer yang lain, terutamanya melalui perkongsian USB drive. Jadi, adalah lebih baik fungsi ini dimatikan bagi mengurangkan risiko jangkitan virus. Saya ada menulis tentang cara-cara mematikan fungsi.

Mengembalikan Button Run pada start menu

Virus juga selalunya akan menyembunyikan kotak Run. Apabila anda klik pada Start Menu, anda akan dapati program Run telah hilang. Shortcut Win+R pun tak dapat mengeluarkan kotak Run ini.

Buka gpedit.msc dari “C:WINDOWSsystem32gpedit.msc”

Pergi ke User Configuration > Administrative Templates > Start Menu & Toolbar.

Untuk menyelesaikan masalah ini, caranya mudah sahaja. Ikuti langkah-langkah berikut

  • Pada bahagian kanan, double-click pada Remove Run menu from Start Menu
  • Tetapkannya kepada Disabled dan tekan butang OK.

Tuesday, July 13, 2010

Membaiki ' Registry Editing has been disabled by your administrator " "

Jika Windows akan memaparkan mesej “Registry editing has been disabled by your administrator” apabila anda cuba membuka regedit, ianya mungkin disebabkan oleh serangan virus.

Untuk menyelesaikan masalah ini, anda boleh gunakan salah satu dari mana-mana langkah di bawah, samada dengan gpedit.msc ataupun third-party registry editor:

Menggunakan Group Policy Editor (gpedit.msc)

1. Pada kotak Run, taipkan gpedit.msc dan tekan Enter untuk melancarkan Group Policy Editor.

2. Pergi ke User Configuration\Administrative Templates\System

3. Double-click pada Prevent access to registry editing tools

4. Tukarkan nilainya kepada Disabled

Mengunakan Third-Party Registry Editor

1. Gunakan software yang boleh akses registry, selain dari regedit.

2. Pergi ke HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\

Policies\System

3. Cari DisableRegistryTools dan tukarkannya kepada 0

Mendapatkan Kembali Folder Options

Pada kebiasaannya bila anda buka My Computer, akan terdapat menu Tools > Folder Options. Namun jika komputer anda baru sahaja terkena serangan virus, mungkin Folder Options ini akan hilang. Untuk mendapatkannya kembali, anda boleh gunakan Registry Editor ataupun Group Policy Editor. Ikuti salah satu dari mana-mana langkah berikut:

Menggunakan Registry Editor (regedit)

1. Pada kotak Run, taipkan regedit dan tekan Enter untuk melancarkan Registry Editor.

2. Pergi ke HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows

\CurrentVersion\Policies\Explorer

3. Cari NoFolderOptions dan tukarkan nilainya kepada 0.

4. Restart komputer.

Menggunakan Group Policy Editor (gpedit.msc)

1. Pada kotak Run, taipkan gpedit.msc dan tekan Enter untuk melancarkan Group Policy Editor. Pergi ke User Configuration\Administrative Templates \Windows Components\Windows Explorer

2. Pada bahagian kanan, double-click pada Remove the Folder Options

3. Tetapkan nilainya kepada Not Configured.

4. Restart komputer.

Thursday, July 8, 2010

Registry Editor

Registry merupakan kumpulan database yang berhubungan dengan semua pengaturan Windows, dan semua aplikasi yang terinstall di dalamnya. Perubahan registry dapat beresiko kerusakan system komputer secara keseluruhan apabila kita melakukan kesalahan dalam “mengotak-atik” registry pada komputer. Oleh kerana itu, sebelum melakukan modifikasi, disarankan untuk melakukan backup terlebih dahulu, untuk lebih lanjut tentang bagaimana cara membackup registry pada komputer, Kamu bisa baca di sini. Nah, jika terjadi kesalahan dalam melakukan modifikasi, kita dapat merestore kembali kepada keadaan registry semula. Kamu juga bisa baca Bagaimana Cara Me-restore atau mengembalikan registry di sini.

Lokasi Penyimpanan Registry

Dalam Windows 95, 98, Me, registry ini tersimpan di dalam file tersembunyi dalam Windows, yaitu USER.DAT dan SYSTEM.DAT. Sedangkan pada Windows 2000 dan XP, Vista registry ini disimpan di folder\windows\system32\config dan pada \Documents and Settings\(username).

Struktur Registry

Registry mempunyai struktur seperti direktori pada harddisk atau pada windows explorer (Bercabang). Setiap cabang (dilambangkan dengan icon folder dalam Registry Editor) disebut sebagai Key. Setiap key dapat berisi key lain serta Value-Value (nilai). Setiap Value berisi informasi aktual yang disimpan dalam Registry. Ada tiga jenis nilai String, Binary dan DWORD dan penggunaan dari ketiganya tergantung pada konteks.

Ada enam cabang utama (lima di Windows 2000 dan Windows XP), masing-masing berisi bagian spesifik dari informasi yang disimpan dalam Registry. Enam cabang tersebut adalah sebagai berikut:

HKEY_CLASSES_ROOT adalah cabang ini berisi semua jenis (type) file kita, dengan kata lain daftar file kita sampai ke akar-akarnya.

HKEY_CURRENT_USER adalah cabang yang berhubungan dengan HKEY_USERS (khusus pengguna lain), cabang yang menunjuk ke bagian dari HKEY_USERS cocok untuk current user.

HKEY_LOCAL_MACHINE adalah cabang yang berisi informasi tentang semua perangkat keras dan perangkat lunak yang diinstal pada komputer kita. Karena Anda dapat menetapkan beberapa konfigurasi hardware, konfigurasi perangkat keras saat ini ditentukan dalam HKEY_CURRENT_CONFIG.

HKEY_USERS >> HKEY_USERS adalah cabang yang berisi preferensi tertentu (seperti warna dan pengaturan panel kontrol) untuk masing-masing pengguna komputer. Pada Windows 95/98/ME, cabang default ini berisi user yang sedang login. Pada Windows 2000/XP, cabang default ini berisi template yang akan digunakan untuk menambah pengguna baru.

HKEY_CURRENT_CONFIG adalah cabang yang menunjuk ke bagian HKEY_LOCAL_MACHINE yang sesuai dengan konfigurasi perangkat keras ya

Mengapa virus dicipta ?

Virus-virus telah dicipta sebagai projek penyelidikan, usikan, dan laku musnah, serta juga untuk menyerang produk syarikat-syarikat tertentu, menyebarkan pesanan politik, dan memperoleh keuntungan daripada pencurian identiti.

Tanggapan seorang pencipta virus..

Saya seorang pencipta virus. Saya beranggapan bahawa ciptaan saya sebagai seni, dan penulisan atur cara virus adalah suatu hobi yang kreatif. Tambahan pula, virus yang saya cipta bukan semata-mata untuk melakukan pemusnahan sahaja. Selain itu, saya sebagai penulis virus menganggap sistem-sistem yang diserang oleh saya sebagai suatu cabaran intelektual atau satu masalah logik yang perlu diselesaikan oleh pihak pengeluar sistem tersebut.

Ada juga virus dicipta untuk tujuan baik..

Ada sesetengah virus dicipta bertujuan untuk melaksanakan misi yang baik. Ia menyebarkan perbaikan kepada aturcara-aturcara yang dijangkitinya, atau menghapuskan virus-virus yang lain. Walaupun demikian, virus-virus sebegini adalah agak jarang. Ia masih menelan sumber sistem, dan mungkin akan menjejaskan sistem yang dijangkitinya tanpa sengaja serta juga kekadangnya dijangkiti oleh virus yang lain dan bertindak pula sebagai vector ( pemandu ) untuk virus jahat. Tanpa disengajakan, atur-atur cara "virus baik" yang tidak ditulis dengan teliti juga boleh menjadi virus yang mendatangkan keburukan pada dirinya (umpamanya, 'virus baik' yang sebegini boleh salah mengecam fail sasaran dan dengan itu, salah menghapuskan fail sistem). Tambahan pula, ia biasanya bertindak tanpa meminta sebarang kebenaran daripada pemilik komputer

Cara Virus, Spyware, Malware Serang Komputer

1. E-mail

Dengan membuka email saja, komputer anda boleh diserang…Lagi2 email yang disertakan dengan attachment..Secara amnya, Virus, Spyware atau Malware tidak boleh serang dengan hanya kita membaca email sahaja..Ia akan menyerang menyelinap masuk ke komputer anda melalui attachment yang disertakan..Anda buka, masuklah dia… he333..Pastikan email tu penghantarnya dari orang yang anda kenali, kalau tak kenal delete jer….

2. Download
Anda yang gemar memuat turun perisian percuma, lagu2 mp3 percuma, permainan komputer percuma dan lain melalui Kazaa, Limewire, Warez atau laman2 web yang menyediakan perkhidmatan download …Kemungkinan besar fail yang anda download tu mempunyai Virus, Spyware dan Malware..Pastikan fail yang anda download tu bukan lah dari 3 benda ini…Jika anda tergolong diantara mereka yang suka mendownload.. :)

3. Klik Pada Iklan
Sekarang ni banyak iklan yang ada…Iklan yang membuatkan anda teruja akan mengklik pada iklan tersebut pun ada..Hati2, bukan semua iklan itu benar…Dengan hanya mengklik sahaja, komputer anda dalam bahaya..Contohnya SmartAntivirus 2009, baca artikel saya mengenai SmartAntivirus 2009 ni…

4. Install Program Yang Tidak Boleh Dipercayai
Memasang program seperti perisian aplikasi, games2 yang tidak tahu asal usulnya…Pastikan pengeluar program – program nie dari pengeluar – pengeluar yang boleh dipercayai…

5. Melayari Laman Web Porno

Selalunya kebanyakkan laman web
Prono mengandungi banyak spyware.. Janganlah anda melayari laman web macam nie…

Tips memanjangkan penggunaan bateri notebook

Penggunaan komputer notebook menjadi sangat praktikal kerana keupayaannya untuk

dibawa ke mana-mana dan boleh digunakan tanpa memerlukan soket elektrik. Sesetengah
komputer notebook yang terkini boleh bertahan selama hampir 4 jam dengan menggunakan
bateri. Namun begitu, sekiranya anda perlu menggunakan komputer notebook untuk
jangka masa yang panjang di satu-satu tempat di mana punca elektrik tidak didapati
atau anda tertinggal adapter kuasa untuk komputer notebook anda, tips-tips berikut
mungkin boleh membantu:

Penjagaan komputer notebook.

1. Penjagaan bateri dengan baik.

Bateri perlu dijaga dengan baik untuk memanjangkan jangka hayat dan prestasinya.
Kaedah yang terbaik untuk penjagaan bateri ialah dengan memastikan bateri digunakan
secara maksimum sebelum dicas semula. Pengguna juga dinasihatkan supaya menyambungkan
soket kuasa kepada komputer notebook hanya apabila amaran low battery diberikan
walaupun soket kuasa boleh didapati di tempat kerja. Secara mudah, habiskan
kuasa bateri anda dahulu dan baru gunakan soket kuasa.

2. Lakukan defragmentation secara berkala.

Fungsi disk defragmenter adalah untuk menyusun semula kedudukan data di dalam
hard disk supaya ianya tersusun rapi dan berada dalam kedudukuan yang berhampiran
di antara satu sama lain. Apabila kedudukan data berada berdekatan di antara
satu sama lain, hard disk lebih cepat untuk mendapatkan data yang diperlukan
dan penggunaan tenaga untuk hard disk dapat dikurangkan. Sebaiknya, lakukan
disk defragmenter pada kadar seminggu atau dua minggu sekali.

Untuk melakukannya, klik Start Menu – All Program – Accessories
– System Tools – Disk Defragmenter, dan gunakan paparan yang disediakan.

3. Gunakan fungsi Hibernate untuk memadamkan komputer.

Kebiasaannya, pengguna komputer akan memilih untuk menggunakan pilihan Shut
Down untuk memadamkan komputer. Selain daripada Shut Down, komputer juga sebenarnya
boleh dipadamkan menggunakan pilihan Hibernate.

Shut Down berfungsi menutup semua aplikasi yang dijalankan oleh sesebuah komputer
sebelum memadamkan kuasanya. Apabila komputer tersebut dihidupkan semula, semua
aplikasi yang perlu dijalankan oleh sesebuah komputer termasuk antivirus, rangkaian
dan aplikasi pejabat dihidupkan semasa proses booting iaitu semasa komputer
baru dihidupkan. Proses mengaktifkan kembali kesemua aplikasi yang diperlukan
oleh komputer kadang kala mengambil masa yang agak panjang dan menggunakan lebih
banyak kuasa bateri.

Hibernate pula berfungsi dengan menyimpan maklumat mengenai kedudukan terakhir
aplikasi-aplikasi yang sedang aktif dalam sesebuah komputer sejurus sebelum
ianya dipadamkan. Apabila komputer tersebut dihidupkan semula, sistem pengoperasian
tidak perlu memulakan semula semua aplikasi yang diperlukan dari awal, sebaliknya
sistem akan merujuk kepada maklumat yang telah disimpan tadi supaya komputer
dapat kembali kepada keadaan terakhir sebelum dipadamkan.

Analoginya, ia umpama kita menyimpan permainan komputer pada peringkat tertentu
supaya apabila kita hendak bermain permainan tersebut pada keesokan harinya,
kita tidak perlu bermain semula dari peringkat pertama sebaliknya kita boleh
menyambung pada peringkat yang telah kita tamatkan. Ianya menjimatkan masa booting
dan apabila menyentuh tentang penjimatan masa, ianya sudah pasti juga menjimatkan
bateri.

Namun begitu, perlu diketahui bahawa penggunaan Hibernate menggunakan sedikit
ruang hard disk untuk menyimpan maklumat. Tidak banyak, lebih kurang 200 –
500MB sahaja berbanding jumlah minimum 80GB yang dipunyai oleh komputer baru
yang paling asas di pasaran pada hari ini.

Meminimumkan penggunaan bateri.

4. Kurangkan kecerahan skrin (brigthness).

Kecerahan skrin boleh mempengaruhi penggunaan bateri. Semakin cerah penggunaan
skrin, semakin tinggi penggunaan bateri. Oleh itu, kurangkan kecerahan skrin
untuk memaksimumkan penggunaan bateri.

5. Elakkan memainkan lagu dan penggunaan disc drive.

Pada waktu yang memerlukan penggunaan bateri yang maksimum, elakkan memainkan
lagu sebagai hiburan ketika melakukan kerja kerana ia memerlukan tenaga tambahan
untuk speaker komputer dan menjalankan aplikasi pemain media. Elakkan juga penggunaan
disc drive sama ada CD-ROM atau DVD-ROM, apatah lagi memindahkan data ke dalam
CD-RW atau DVD-RW kerana ia menggunakan tenaga yang banyak.

6. Laraskan Power Option.

Power Option boleh dilaraskan untuk memberikan penjimatan tenaga yang terbaik
di saat-saat yang diperlukan. Power Options boleh didapati melalui menu Control
Panel Bagi pengguna biasa, tetapkan Power Options kepada Laptop / Portable atau
pilihan yang lebih baik. Sekiranya anda lebih mahir, laraskan tempoh yang optimum
berdasarkan penggunaan anda untuk komputer memadamkan skrin, hard disk serta
masuk ke mod standby dan hibernate.

7. Padamkan fungsi Wi-Fi.

Kebanyakan pengeluar komputer notebook menetapkan supaya fungsi Wi-Fi diaktifkan
setiap kali komputer dibuka. Fungsi ini boleh dipadamkan untuk menjimatkan tenaga
kerana kelengkapan Wi-Fi di dalam komputer notebook juga menggunakan tenaga
yang banyak.

8. Elakkan membuka aplikasi yang tidak digunakan.

Elakkan membuka banyak aplikasi yang tidak digunakan. Aplikasi yang tidak digunakan
tetapi dibiarkan aktif akan mengurangkan ruang memori RAM yang boleh digunakan
oleh sistem dan kadang kala menggunakan processor. Dalam keadaan ini, processor
akan lebih banyak digunakan untuk menguruskan penggunaan RAM yang terhad dan
akibatnya kuasa bateri akan cepat habis.

9. Elakkan penggunaan peralatan menggunakan USB.

Peralatan tambahan seperti speaker, kipas penyejuk, lampu kecil, pengecas bateri
telefon dan sebagainya yang menggunakan USB mengambil tenaga elektrik dari komputer
melalui sambungan USB. Penggunaan peralatan-peralatan sedemikian perlu dielakkan
sekiranya keutamaan pada satu-satu masa adalah untuk memaksimumkan penggunaan
bateri.

10. Gunakan fungsi sleep dan hibernate dengan betul.

Satu lagi fungsi yang boleh menjimatkan penggunaan bateri komputer ialah Sleep.
Fungsi Sleep berfungsi dengan meletakkan komputer pada keadaan tidak berfungsi
tetapi masih hidup bagi menjimatkan penggunaan bateri. Ianya sangat efektif
sekiranya pengguna tidak menggunakan komputer untuk beberapa minit dan apabila
fungsi Sleep diaktifkan, semua kelengkapan komputer notebook yang menggunakan
tenaga elektrik yang banyak seperti skrin dan hard disk dipadamkan manakala
processor diaktifkan pada kadar yang paling minimum.

11. Dapatkan bateri kedua.

Sekiranya anda perlu bergantung kepada bateri komputer dalam jangka masa yang
lebih panjang, pilihan yang terbaik adalah untuk mendapatkan bateri kedua sebagai
gantian. Hubungi semula pengedar komputer anda untuk membeli bateri gantian
pada harga di antara RM150-RM350, bergantung pada jenis komputer.

Kesimpulannya, penggunaan sumber yang ada pada komputer notebook dengan bijak
seperti skrin, speaker, hard disk, CD-ROM, processor, peranti Wi-Fi dan RAM
boleh menjimatkan penggunaan bateri. Gunakan sumber-sumber ini pada kadar yang
paling minimum bagi menjimatkan penggunaan bateri komputer.

Tanda- tanda PC dijangkiti virus

Dalam arus perkembangan teknologi yang pesat, segala kemungkinan boleh berlaku. Kecanggihan teknologi juga boleh disalahguna. Virus dicipta untuk menyusahkan orang lain. Walaupun kita mempunyai perisian anti virus, ianya belum dapat menjamin 100% selamat.Tahukah anda apakah tanda-tanda jika pc kita telah dijangkiti virus?
www.familiazam.com
Tanda tanda pc anda telah dijangkiti virus adalah seperti berikut:

  • PC menjadi hang selepas dibuka, dan seringkali berlaku.
  • Prestasi PC tiba-tiba sahaja menjadi lembap. Sebarang aplikasi atau fail yang hendak dibuka menjadi terlalu perlahan.
  • Keluar mesej "Out of memory error" walaupun PC mengandungi ruang ingatan yang mencukupi.
  • Sistem operasi Windows tidak boleh dijalankan walau sebelum ini kita tidak pernah menyentuh bahagian setting ataupun mengubah registry.
  • Sistem operasi Windows tidak dapat dijalankan kerana fail-fail penting untuk menjalankannya hilang tiba-tiba.
  • Ada program yang tidak pernah diinstal sebelum ini tiba-tiba muncul dan berjalan dengan sendirinya.
  • Terdapat proses yang tidak diketahui sedang berjalan dan menggunakan banyak sumber CPU.
  • Kita tidak boleh menginstal sebarang program atau aplikasi baru.
  • Windows seringkali reboot dan proses reboot berlaku berulangkali.
  • Utiliti cakra seperti scandisk melapurkan banyak error pada cakra selepas melakukan imbasan cakra.
  • Program atau aplikasi yang sebelum ini boleh digunakan crash secara tiba-tiba.
  • Drive partition bagi cakra keras, CD-ROM dan cakra liut tiba-tiba sahaja hilang.
  • Menerima email yang mengandungi sisipan-sisipan yang ganjil, contohnya mengandungi dua ekstensi.
  • Perisian Antivirus hilang tiba-tiba.
  • Perisian Antivirus tidak boleh di instal.
  • Dialog box terpapar pada skrin secara tiba-tiba.
  • Sistem PC berjalan dengan sendirinya, misalnya tetikus menunjuk ke sesuatu, membuka dan menutup tray CD-ROM dengan sendirinya.
  • Penunjuk tetikus berubah imej dan grafik.
  • Ikon-ikon ganjil terpapat pada sistem tray walaupun tidak pernah menginstal sebelum ini.
  • Muzik atau Video tiba-tiba sahaja dimainkan dengan sendirinya.
  • Saiz sesuatu fail berubah, walaupun kita tidak mengeditnya sebelum ini.
  • Fail-fail yang kita simpan hilang satu persatu.
  • Properties sesuatu fail berubah dengan sendirinya.

Intel HD Graphics, teknologi terbaru Intel

Apa itu Intel HD Graphics

Intel ® HD 2010 graphics dibina kedalam prosesor Intel ® Core i3, i5 , i7 ™ menyediakan teknologi visual pengkomputeran pada desktop dan mobile PC. Teknologi yang sangat –sangat dinantikan oleh pengguna intel seluruh dunia ini dilengkapi dengan pemproses video canggih, penghasilan imej (HD) berkualiti tinggi, high-definition (HD) video playback, kemampuan 3D yang hebat dan menyokong penuh sistem operasi Microsoft Windows 7, tanpa perlukan kad grafik tertentu. Ini membuatkan para pengguna AMD mula mencongak idea mereka untuk bertukar kepada mikropemproses Intel generasi Core i.

Rekabentuk Intel HD Graphics


Menyediakan fleksibiliti sokongan untuk kegunaan media masa depan,
Intel HD graphics menyediakan sokongan untuk load balancing dinamik, multi-threading, dan multi-fungsi pemprosesan data.Intel Graphics HD mampu menghasilkan peningkatan prestasi untuk teknologi graphic , game kasual dan mainstream.


Keistimewaan HD Intel Graphics media menghasilkan teknologi grafik termasuklah seperti berikut:

-Smooth main kandungan HD dengan akselerasi hardware canggih
-Enhanced HD dengan HD baru Intel ® Clear Video Technology (Intel ® HD CVT) ditingkatkan main video HD untuk tayangan digital
-Peningkatan kejelasan, kestabilan, dan skala yang sesuai dari gambar video yang telah diaktifkan melalui pos-pemprosesan algoritma
-Peningkatan pemprosesan aplikasi diaktifkan oleh frekuensi dinamik yang direka untuk platform mobile
-Switchable grafik, membolehkan switch Antara grafik terintegrasi dan discrete grafik
-Peningkatan kecekapan 3D

Wednesday, July 7, 2010

Windows 7 OS Terbaik


Fakta Windows 7

Nama Asal : Kod Blackcomb

Mula diuji : Pada tahun 2007, untuk menggantikan windows Vista

Dirasmikan : pada tahun 2008







Spesifikasi yang disyorkan untuk Windows 7 seperti berikut :


Kelajuan processor : 1 GHz (Sama ada 32-bit atau 64-bit)
Memori (RAM) : 1 GB
Kad grafik : DirectX 9.0
Memori Grafik : 128 MBHarddisk : 16 GB
Pemacu : DVD-ROM

Versi windows 7

Windows 7 Starter Edition, Windows 7 Home Basic, Windows 7 Home Premium , Windows 7 Proffesional, Windows 7 Ultimate, Windows 7 Enterprise







Mengapa dinamakan windows 7 ?

Ianya dinamakan Windows 7 kerana menggunakan Windows 7.0. Sebelum ini, Vista menggunakan Windows 6.0, dan XP Windows 5.0.

Keistimewaan dan kekurangan windows 7 ?

Antara keistimewaan Windows 7 adalah memudahkan penyambungan jaringan komputer dengan alat telekomunikasi seperti telefon bimbit, mesin pencetak, kamera digital dan lain-lain.

Windows 7 juga direka dengan ciri terkini yang dapat mempercepatkan tugas-tugas komputer serta memberi tumpuan kepada keserasian diantara aplikasi komputer dan alat penghubung yang lain.

Windows 7 mengatasi Windows XP dan Vista dalam beberapa aspek penting, termasuk masa yang diambil untuk dibut dan ditutup serta pengurusan fail seperti memuat dokumen. Lebih cepat berbanding dengan Vista & sama taraf dengan XP. Disamping gadjet-gadjet yang lebih menarik dan mesra pengguna.

Namun begitu, masih ada kelemahannya berbanding XP, termasuk uji tanda aras PC Pro untuk kegiatan pejabat seharian dan penyuntingan video yang masih sama seperti Vista dan perlahan berbanding XP.